Kota Marudu Member of Parliament

PBS intai kerusi Dun baharu Bengkoka

PITAS -  Parti Bersatu Sabah (PBS) mengintai kerusi Bengkoka, satu daripada 13 kawasan Dun baharu di Sabah.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kawasan baharu itu terdiri daripada 60 peratus penduduk Bumiputera bukan Islam daripada kaum Rungus, Tombonui dan Dusun Bonggi manakala 40 peratus lagi ialah etnik Bajau Laut dan Ubian.

“Kami mempunyai calon yang baik, boleh menang dan berkebolehan untuk ditawarkan kepada Barisan Nasional (untuk pilihan raya umum akan datang),” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Banggi dan Pitas di Kampung Sulakolung, Kanibongan di sini hari ini.

Menurut Ongkili, PBS mempunyai sokongan tradisional yang kuat di kawasan baharu itu dan selepas persempadanan semula, mereka akan mempunyai 60 cawangan terdiri daripada 32 cawangan dari bahagian  Pitas dan 28 cawangan dari bahagian Banggi.

“Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kami kepada rakyat,” katanya yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Anggota Parlimen Kota Marudu," katanya.

Pada majlis itu, Ongkili turut meluluskan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk menaik taraf dewan komuniti di kampung itu.- Bernama

Source : sinarharian