Kota Marudu Member of Parliament

Vision & Mission

Menggunakan semua bakat, kebolehan, pengalaman, jaringan (networking) dan kemahiran yang ada melalui kepimpinan politik Barisan Nasional untuk merancang, menggubal dan melaksanakan program pembangunan dan transformasi sosio-ekonomi kawasan Parlimen Kota Marudu dan DUN Tandek ke arah taraf hidup masyarakat yang berkualiti, jayadiri (self-reliant) dan cemerlang serta budaya saing dengan masyarakat lain dalam negeri dan rantau ini.

  1. MEMASTIKAN Rangka Tindakan Strategik (Strategic Action Blueprint) Pembangunan Kawasan P.168 Kota Marudu yang telah siap dibentuk dkan dilaksanakan sepenuhnya agar matlamat menjadikan Kota Marudu pust pertumbuhan ekonomi yang dinamik, "sustainable" dan berdaya saing di zon utara Sabah manjadi realiti.
  2. MEMASTIKAN masalah penyuakatan dan pemilikan tanah di kalangan penduduk kawasan Kota Marudu di DUN N4 Matunggong and DUN N5 Tandek dapat diselesaikan secepat mungkin melalui pemprosesan permohonan-permohoan tanah (PT) yang sistematik dan strategi penyukatan yang menggunakan kosep "block surveying".
  3. BERUSAHA menyelesaikan tadahan air dengan menggunakan pendekatan "community friendly" (mesra masyarakat) yakni menekankan perlindungan sumber air yang berkekalan tetapi pada masa yang sama masyarakat kampung dapat meneruskan kehidupan harian mereka tanpa terganggu serta meningkatkan ekonomi mereka melalui pengusahaan tanah yang pintar dan berasaskan kepada penjagaan alam sekitar.
  4. BERUSAHA menyelesaikan masalah pemilikan kad pengenalan dan sijil kelahiran di kalangan penduduk Kota Marudu melalui program gerakan khas pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan peruntukan kewangan Ahli Parlimen. melalui usaha ini, pada tahun 2002/2003 sejumlah kira-kira 6,000 penduduk telah dibekalkan secara percuma dengan kad pengenalan dan sijil kelahiran. Dianggarkan kira-kira 3,000 orang lagi yang memerlukan bantuan serupa di DUN Matunggong dan DUN Tandek.
  5. BERIKHTIAR untuk mempastikan infrastruktur pendidikan di kawasan DUN N4 Matunggong dan DUN N5 Tandek mencukupi, berkualiti dan "accesible" kepada semua penduduk luar bandar melalui pembinaan bangunan-bangunan sekolah baru, "upgrading" bangunan-bangunan yang sudah uzur dan pembekalan guru-guru terlantih yang mencukupi serta peningkatan motivasi dan semangat saing di kalangan pelajar dan ibubapa melalui program-program motivasi diri dan pendidikan amal.
  6. BERIKHTIAR untuk mempastikan infrastruktur keperluan asas (basic needs) yang bermutu akan terus disediakan oleh pihak kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan, khususnya keperluan bekalan elektrik, air, jaringan jalan raya, taliair, klinik-klinik desa, perumahan dan lain-lain.
  7. MERANCANG dan melaksanakan pelan strategik bagi menjadikan kawasan Kota Marudu pusat pengeluaran makanan di zon utara Sabah yang berasaskan pengeluaran padi, jagung, kacang, buah-buahan dan syur-sayuran, hasil-hasil laut dan pada masa yang sama memperkukuhkan sumbangan perusahaan kelapa sawit, getah, kelapa dan hasil-hasil hutan kepada ekonomi Kota Marudu. Tujuan asas ialah untuk meningkatkan pendapatan para petani melalui peningkatan produktiviti kesan daripada penggunaan teknologi moden, pengetahuan baru dan pengurusan ladang yang optima dan mapan. Matlamat Strategi ini aialah untuk meningkatkan pendapatan petani dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
  8. MERANCANG dan melaksanakan pelan strategik pembangunan eko-pelancongan yang berasakan kekayaan sumber hutan dan marin, budaya, bahasa, hidupan liar, kesenian dan kraftangan supaya kawasan Kota Marudu menjadi pusat tumpuan pelancong dan pewujudan peluang-peluang keusahawan dan pekerjaan bagi belia dan beliawanis anak-anak watan tempatan di DUN N4 Matunggong dan DUN N5 Tandek.
  9. MEMATANGKAN semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbilang kaum di kawasan Kota Marudu di bawah naungan Barisan Nasional yang menggariskan perpaduan dan perkongsian kuasa sebagai landasan perjuangan politik dan pembangunan negara.
  10. MEMATANGKAN aspirasi masyarakat kawasan Kota Marudu khususnya generasi muda bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, keusahawanan, kepimpinan politik dan semangat jaya diri melalui penubuhan istitusi latihan kemahiran swasta tajaan para intelek, usahawan, NGO dan badan-badan kerajaan tempatan dan nasional supaya wira dan wirawati kawasan Kota Marudu boleh bersaing dengan masyarakat-masyarakat lain di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa dalam semua bidang kerjaya yang diceburi.